India sumbang setengah juta dos vaksin Covid-19 kepada Afghanistan


  • Benua
  • Ahad, 02 Jan 2022

VAKSIN Covid-19 yang diberi kepada Afghanistan itu dibuat oleh negara India sendiri. — Media sosial

INDIA menyumbang 500,000 dos vaksin Covid-19 jenis Covaxin yang tidak aktif kepada Afghanistan dan akan menghantar jumlah vaksin yang sama tidak lama lagi.

Kementerian Luar India dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, sumbangan itu adalah sebagai bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan.

"Kita berikrar untuk menyumbang satu juta dos vaksin kepada negara yang dilanda perang itu. Kumpulan dos vaksin terbaharu akan dihantar ke Hospital Indira Gandhi di Kabul," kata kenyataan itu.

Vaksin Covaxin, yang dihasilkan daripada coronavirus yang telah dimatikan oleh syarikat bioteknologi India Bharat Biotech, dilengkapi dengan 1.6 tan bantuan perubatan yang diberikan India kepada Afghanistan melalui Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Disember. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

India, Afghanistan, vaksin Covid-19, covaxin