Penduduk cemas digegar gempa bumi bermagnitud 7.4


  • Benua
  • Khamis, 30 Dis 2021

GEGARAN kuat di pulau-pulau dan bandar-bandar yang lebih dekat dengan pusat gempa. — Agensi

AGENSI Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia memaklumkan bahawa terdapat kejadian gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia awal pagi Khamis.

Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia setakat ini.

Gempa itu berlaku pada 1.25 pagi waktu Jakarta (1825 GMT Rabu). Pusat gempa berada 45 km barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya, wilayah Maluku, dengan kedalaman 210 km di bawah laut.

Agensi itu melaporkan gegaran kuat di pulau-pulau dan bandar-bandar yang lebih dekat dengan pusat gempa. Ia turut merekodkan gegaran susulan berukuran 5.2 magnitud berhampiran pusat gempa.

Tiada amaran tusnami dikeluarkan, namun agensi itu memberi amaran mengenai kemungkinan gegaran susulan berhampiran pusat gempa dan mengingatkan penduduk supaya bertenang dan berwaspada.

Indonesia sering terdedah kepada gempa bumi kerana kedudukannya yang terletak di Lingkaran Api Pasifik. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Indonesia, gempa bumi, maluku