GEMPA bumi bermagnitud 6.1 melanda wilayah Davao Occidental di selatan Filipina pada Ahad, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
Kejadian itu berlaku pada 7.48 pagi waktu tempatan itu pada kedalaman 156 kilometer (km), kira-kira 285 km tenggara pulau Sarangani, lapor Agensi Berita Xinhua.
Institusi itu berkata gempa itu berasal dari tektonik dan dijangka mencetuskan gegaran susulan tanpa menyebabkan kerosakan.
Gempa turut dirasai di bandar Cateel berhampiran Davao Occidental. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram