PELAJAR Sekolah Menengah 1 Srengat, Blitar, Jawa Timur, Indonesia, Velicia Vita Yulis, 15, ditemukan tergantung depan kelasnya pada petang Isnin.
Mangsa dipercayai membunuh diri kerana masalah percintaan.
Keluarga mangsa menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat secara menyeluruh punca mangsa mengakhiri hidupnya secara tragis.
“Sehingga kini kita masih menjalankan siasatan berhubung kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Srengat yang menggantung diri di sekolah berkenaan, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada masalah percintaan,” kata Ketua Polis Bandaraya Blitar, Yudhi Heri Setyawan.
“Keluarga meminta supaya tindakan susulan diambil, maka kami menjalankan proses siasatan dengan segera,” jelasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram