PENERBANGAN keluar dan masuk membawa bantuan kemanusiaan oleh agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari lapangan terbang Sanaa, Yaman yang dijadual pada Khamis dibatalkan susulan serangan udara di lapangan terbang itu.
Menurut Pejabat Penyelarasan PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), pihak berkuasa penerbangan awam di Sanaa menghalang penerbangan kemanusiaan itu sejak Ahad.
"PBB sedang mencari alternatif untuk memindahkan bekalan serta kakitangan masuk dan keluar dari Sanaa," kata OCHA.
Pakatan yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara di Sanaa, ibu negara Yaman yang dikuasai puak Houthi.
PBB mengulangi gesaannya supaya lapangan terbang itu dibuka untuk penerbangan awam dan komersial serta menyeru pelabuhan Hodeidah beroperasi sepenuhnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram