Pemandu teksi gagalkan misi pengganas di Liverpool


  • Benua
  • Rabu, 17 Nov 2021

PEMANDU teksi itu dikatakan sempat melarikan diri namun dikatakan mengalami beberapa kecederaan. — Agensi

RANCANGAN seorang pengganas untuk melancarkan pegeboman berani mati pada sambutan Hari Peringatan di Liverpool, Britain berjaya digagalkan oleh seorang pemandu teksi.

Pemandu teksi berkenaan dipercayai menggagalkan serangan pengganas itu selepas mengunci pengebom berani mati berkenaan di dalam teksinya beberapa saat sebelum dia meletupkan dirinya di luar hospital Liverpool, Britain.

Pengebom berani mati itu dikatakan menaiki teksi berkenaan untuk ke sambutan yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang sebelum sebelum rancangannya disedari pemandu teksi berkenaan.

Pemandu teksi itu dikatakan menukar perjalanan ke ke Hospital Wanita Liverpool beberapa saat sebelum pukul 11 pagi (waktu sambutan).

Rakan-rakan pemandu berkata mereka ternampak bahan letupan pada lelaki itu dan menguncinya di dalam teksi sebelum berlaku satu letupan berhampiran pintu masuk Hosptial Wanita Liverpool.

Polis mengesahkan seorang lelaki di dalam kereta itu maut dan seorang lagi cedera parah dalam letupan yang berlaku beberapa minit sebelum sesi tafakur dilakukan selama dua minit di seluruh negara bagi memperingati pahlawan perang Britain yang gugur.

Polis antikeganasan telah mengambil alih siasatan dan menahan tiga lelaki di Liverpool.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Merseyside mengesahkan mangsa yang terselamat dalam letupan itu dipercayai telah meninggalkan kenderaan sebelum kebakaran merebak.

Seorang rakan pemandu memberitahu pengebom tersebut mahu ke katedral yang dipercayai sebagai lokasi sasaran yang dimaksudkan.

Tetapi mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga penumpang meminta untuk pergi ke hospital.

Seorang rakan sekerja berkata pemandu teksi tersebut adalah rakannya, dan dia melihat penumpang itu bertindak mencurigakan.

Katanya rakannya itu kini berada di hospital, semasa kejadian dia sempat melarikan diri namun dikatakan mengalami beberapa kecederaan.

Seorang lagi yang mengenal pasti dirinya sebagai rakan pemandu, menulis di Facebook bahawa rakannya itu merupakan seorang wira.

“Dia menerima jahitan di telinga, mengalami lecur dan luka serta kecederaan lain yang agak serius. Dia seorang wira. Apabila dia melihat bom itu, dia mengunci penumpang tersebut di dalam kereta," katanya.

Tidak lama selepas polis antikeganasan mengambil alih siasatan, pegawai bersenjata menahan tiga lelaki, berumur 29, 26 dan 21, di kawasan Boaler Street di Kensington, Liverpool.

Polis Merseyside mengesahkan mereka telah menyerahkan siasatan kepada unit Antikeganasan Barat Laut.

Ketua konstabel Polis Merseyside Serena Kennedy memberi kenyataan di luar hospital, mengesahkan seorang lelaki telah meninggal dunia dan seorang lagi sedang dirawat kerana kecederaan yang tidak mengancam nyawa.

Beliau berkata: “Setakat ini kami difahamkan kereta terbabit adalah sebuah teksi yang berhenti di hospital sejurus sebelum letupan berlaku.

"Siasatan masih diteruskan untuk menentukan apa yang telah berlaku, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum kami berada dalam kedudukan untuk mengesahkan apa-apa," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Liverpool, teksi, pengganas, pengebom, hospital