AS luluskan pil antivirus untuk rawatan Covid-19


  • Benua
  • Jumaat, 24 Dis 2021

MERCK merupakan syarikat kedua menghasilkan pil Covid-19 selepas Pfizer. — Reuters

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan penggunaan pil antivirus keluaran syarikat farmaseutikal Merck untuk rawatan Covid-19 yang ringan hingga sederhana.

Ia adalah pil kedua yang diluluskan untuk merawat Covid-19 selepas pil keluaran Pfizer.

Pil dikenali molnupiravir, dibenarkan untuk digunakan kepada orang dewasa dengan keputusan positif ujian virus SARS-CoV-2 dan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan lebih teruk termasuk kemasukan ke hospital atau kematian.

Menurut FDA, molnupiravir hanya boleh didapati melalui preskripsi dan harus dimulakan secepat mungkin selepas diagnosis Covid-19 dan dalam tempoh lima hari selepas mempunyai simptom.

Pada Rabu, FDA meluluskan pil antivirus Paxlovid Pfizer, pil pertama yang diluluskan untuk rawatan Covid-19 di AS. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

AS, pil, Covid-19