SEKURANG-KURANGNYA 4,000 penduduk terjejas akibat banjir yang melanda di lima dusun, di Kampung Tiku Lima Jorong di Mukim Tanjung Mutiara dekat daerah Agam, Sumatera Barat, Indonesia.
Banjir yang melanda pada Ahad itu memutuskan jalan yang menghubungkan kawasan itu ke kampung lain.
Setiausaha Pentadbiran kampung berkenaan yang dikenali sebagai Anaswar berkata, dusun yang terjejas adalah Muaro Putih, Subang-Subang, Labuhan, Gadih Angik dan Masang.
Anaswar berkata, banjir itu berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan air Sungai Batang Masang dan Batang Antokan melimpah.
Katanya, jalan utama kampung itu dinaiki air pada ketinggian antara 50 sentimeter hingga 1.5 meter, menyebabkan kenderaan tidak boleh melaluinya.
"Penduduk tidak dapat keluar ke kawasan lain, namun aktiviti rutin mereka diteruskan seperti biasa. Stok makanan mencukupi untuk beberapa minggu akan datang," katanya.
Sementara itu, pejabat mitigasi bencana tempat mengerahkan kakitangan dan menghantar bot ke dusun yang terjejas.
Pada masa sama, pihak berkuasa itu bagaimanapun memerlukan sebuah lagi bot besar untuk membantu mengangkut motosikal penduduk setempat ke kawasan yang lebih tinggi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram