Mayat bayi lelaki berbalut kain batik hitam ditemui di tepi jalan


  • Benua
  • Khamis, 16 Dis 2021

MAYAT bayi lelaki reput ditemui di tepi jalan. — Gambar Hiasan/Agensi

MAYAT bayi lelaki ditemui reput di tepi Jalan Lingkaran Kaliwungu Kendal, Jawa Tengah, Indonesia.

Bayi yang dibalut dengan kain itu ditemui oleh Sofyan, seorang petugas kebersihan ketika hendak memotong rumput di kawasan itu.

Mayat bayi itu dianggarkan reput selama tiga hari.

Menurut Sofyan, semasa menghampiri bungkusan kain itu, dia terkejut apabila ternampak sepasang kaki kecil.

Kerana takut, dia kemudian melaporkan kejadian itu kepada pegawai polis berhampiran.

“Ketika berjalan ke sini, saya ternampak ada kain buruk (kain yang tidak digunakan), jadi saya buka, terkejut melihat ada dua kaki, saya pun terus berlari,” kata Sofyan.

Polis Brangsong yang datang ke lokasi kejadian untuk memantau penemuan mayat bayi itu memasang garisan pita polis bagi memudahkan pemeriksaan.

Sementara itu, petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Brangsong dibawa masuk ke tempat kejadian untuk memeriksa keadaan mayat bayi.

“Lebih dua hari, jantina lelaki, tiada plasenta dan keadaan mayat reput,” kata Susi, pegawai di Pusat Kesihatan Brangsong.

Polis kemudiannya membawa mayat bayi itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

benua, mayat, bayi, reput