ANGKARA berasa marah dengan guru kerana tidak lagi memberikan perhatian kepadanya seperti dahulu, seorang pelajar sanggup memuat naik gambar-gambar bawah skirt guru wanita itu ke laman Tumblr.
Remaja lelaki berusia 17 tahun itu mengaku bersalah pada Jumaat atas tuduhan menyebar bahan lucah secara elektronik. Dua lagi pertuduhan turut diambil kira semasa dijatuhkan hukuman.
Identiti tertuduh tidak boleh didedahkan kerana dia berusia bawah 18 tahun dan identiti mangsa juga tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.
Mahkamah Singapura diberitahu bahawa tertuduh memuat naik gambar-gambar itu ke laman Tumblr bersama dengan beberapa gambar lain mangsa di tempat kerja dan ketika bersama anggota keluarganya.
Menurut laporan Channel News Asia itu juga, wajah mangsa jelas terpapar dalam gambar-gambar tersebut.
Laporan berita menyebut bahawa dia memuat naik gambar-gambar gurunya itu kerana berasa marah kerana mangsa tidak lagi menunjukkan perhatian kepadanya ketika di tingkatan tiga berbanding sewaktu di tingkatan satu dahulu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram