China beri sumbangan besar dalam bidang perubatan dan kesihatan


  • Benua
  • Jumaat, 22 Okt 2021

CHINA sentiasa melakukan yang terbaik untuk menjaga keamanan dan pembangunan dunia, selain berkongsi hasil pembangunannya. — Agensi

PELBAGAI kemajuan besar dalam bidang perubatan dan kesihatan telah dicapai oleh China sepanjang 50 tahun lepas.

Perkara itu dikongsi bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan Fung Fu-chun.

Katanya, tahun ini adalah ulang tahun ke-50 pemulihan kerusi keanggotaan sah Republik Rakyat China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sejak lima dekad lepas, China memainkan peranan positif dalam tadbir urus kesihatan global, pembekalan produk awam, serta kerjasama antarabangsa dalam bidang berkenaan.

"Bantuan China sampai ke seluruh pelosok dunia sejurus selepas berlaku penularan pandemik seperti Ebola, ataupun bencana alam termasuk gempa bumi dan tsunami,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai entiti ekonomi kedua terbesar, China sentiasa melakukan yang terbaik untuk menjaga keamanan dan pembangunan dunia, selain berkongsi hasil pembangunannya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG).

Beliau turut memuji kesungguhan dan kecekapan kerajaan China dalam menangani penularan wabak Covid-19, dengan meletakkan kesihatan rakyat sebagai keutamaan.

"Berpandukan gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan, China menitikberatkan kolaborasi antarabangsa dalam inovasi teknologi sektor kesihatan awam.

Pada masa sama, China aktif memperkasa penyelidikan bersama dengan negara lain," ujarnya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

WHO, kesihatan global, sumbangan, china,