Gempa kuat gegar Taiwan


  • Benua
  • Ahad, 24 Okt 2021

TAIWAN kerap dilanda gempa kerana pulau itu terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik. — Agensi

TAIWAN pada Ahad digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.5 yang melanda di timur laut negara itu.

Kesan gegaran itu, penduduk di ibu negara, Taipei turut dilaporkan merasa gegaran itu.

Biro cuaca pusat mengesan pusat gempa ke timur laut daerah Yilan dan melanda pada kedalaman 67 kilometer pada 1.11 tengah hari waktu tempatan.

Menurut laporan media di sana, gegaran berlaku kira-kira 10 saat dan terasa seperti gempa terkuat tahun ini.

Kebiasaannya gempa dengan kekuatan seperti itu akan menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda. Bagaimanapun ia bergantung lokasi gempa dan kedalaman.

Hualien, kawasan tumpuan pelancong dilanda gempa bumi berukuran magnitud 6.4 pada 2018 mengorbankan 17 orang dan mencederakan hampir 300 orang.

Pada September 1999, gempa berkekuatan 7.6 mengorbankan sekitar 2,400 orang dalam bencana alam yang paling dahsyat dalam sejarah pulau itu.

Bagaimanapun, gempa bumi magnitud 6.2 melanda Yilan pada Disember 2020 tidak mendatangkan kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan

Taiwan kerap dilanda gempa kerana pulau itu terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tawian, gemba bumi, Taipei