Rakus perkosa 11 wanita, lelaki menyamar ejen 'sugar daddy' dijel 10 tahun


  • Benua
  • Jumaat, 03 Dis 2021

LELAKI itu juga mengaku melakukan jenayah tersebut dan dilihat tidak menyesal dengan tindakannya. — Agensi

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku menyamar menjadi ejen sugar daddy dan memaksa 11 wanita untuk melakukan hubungan seks di Singapura.

Malah, lelaki bernama De Beers Wong Tian Jun itu juga dijatuhkan hukuman lebih panjang berbanding tiga tahun kepada lapan tahun.

Selain itu, De Beers turut dikenakan denda sebanyak RM61,000.

Ketua Hakim, Sundaresh Menon berkata, apa yang dilakukan tertuduh adalah satu perbuatan yang sangat kejam.

"Dia juga tidak menunjukkan rasa menyesal dengan apa yang telah dilakukan," katanya.

Malah, Sundaresh juga menolak permintaan supaya hukuman De Beers dikurangkan kerana menurut laporan pakar psikiatri, kenyataan penafian yang diberikan lelaki itu adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

Pada Mac lalu, De Beers mengaku bersalah atas 10 pertuduhan termasuk penipuan, memiliki gambar lucah, dan melakukan ugutan jenayah.

Terdahulu, lelaki itu mula menyamar sebagai ejen kepada sugar daddy yang kaya sejak tahun 2015.

Malah, De Beers turut menjanjikan gaji antara RM20,000 hingga RM60,000 sebulan bagi setiap khidmat kepada sugar daddy.

Sejak April 2015 hingga Januari 2016, sekurang-kurangnya 11 wanita berusia 18 hingga 24 tahun telah tertipu dengan muslihat lelaki itu.

Modus operandi yang dilakukan De Beers adalah dengan meminta foto bogel wanita berkenaan bagi tujuan pemeriksaan untuk diberikan kepada sugar daddy.

Bagaimanapun, De Beers kemudian akan meminta wanita itu melakukan hubungan intim dengannya dan jika tidak, dia akan mengugut untuk menyebarkan gambar tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Benua, Covid-19, Noda, Sugar Daddy, Penjara