Tiga kanak-kanak maut makan daging penyu beracun


  • Benua
  • Ahad, 28 Nov 2021

PIHAK polis berpendapat bahawa kejadian itu berlaku kerana daging penyu itu disyaki beracun. — Agensi

SANTAPAN daging penyu yang disyaki beracun mengundang maut kepada tiga kanak-kanak di Pulau Pemba di Zanzibar, Tanzania.

Menurut Komander polis wilayah Pemba Utara, Juma Sadi, selain tiga kanak-kanak tersebut terdapat 22 individu lagi yang dimasukkan ke hospital.

"Mangsa yang maut itu adalah daripada satu keluarga.

"Dua daripada mangsa yang dimasukkan ke hospital juga kanak-kanak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal,” katanya.

Tambahnya lagi, dia berpendapat kejadian itu berlaku kerana daging penyu itu disyaki beracun.

Katanya kagi, sampel daging penyu itu telah dihantar kepada pihak berkuasa berkaitan untuk dianalisa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tanzania, kanak-kanak, mati, daging penyu, racun