SEORANG lelaki berpakaian seperti ninja bertindak menyerang dan mencederakan dua polis wanita dengan pedang di Cherbourg, barat laut Perancis, pada Khamis sebelum ditembak dan ditangkap, kata seorang jurucakap polis.
Terdahulu, suspek mencuri kenderaan sebelum terlibat kemalangan lalu menyerang dua polis wanita yang ditugaskan ke tempat kejadian.
Kedua-dua polis itu cedera di muka.
Serangan itu tidak menunjukkan sebarang unsur-unsur berkait keganasan,tambah jurucakap polis itu.
Penyerang yang berpakaian hitam dalam gaya pejuang ninja tradisional Jepun itu kemudiannya ditembak tiga kali oleh pegawai polis sebelum dibawa ke hospital dengan helikopter gara-gara mengalami kecederaan serius.
Serangan berlaku sekitar jam 3.45 petang Khamis waktu tempatan berhampiran stesen minyak rangkaian pasar raya Leclerc.
Identiti suspek masih belum didedahkan kepada media. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram