Australia rekod kes pertama varian Omicron


  • Benua
  • Ahad, 28 Nov 2021

LIMA penumpang lain dari kawasan yang sama disahkan negatif namun perlu menjalani kuarantin. — Agensi

AUSTRALIA mengesahkan telah mengesan jangkitan pertama varian terbaharu Covid-19, Omicron.

Pihak kesihatan New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan berkata, varian itu dikesan selepas ujian saringan dilakukan terhadap dua penumpang yang masuk ke negara itu dari selatan Afrika.

"Kedua-dua individu itu positif ketika ujian saringan dilakukan.

"Dua kes positif itu tiada sebarang gejala dan kini dikuarantin di tempat penginapan kesihatan khas. Kedua-duanya juga sudah menerima lengkap vaksin," kata NSW Health.

Menurut kenyataan itu, 12 lagi penumpang dari selatan Afrika yang berada dalam penerbangan sama bagaimanapun negatif.

Berikuta pengesanan virus terbaharu itu, Australia turut mengumumkan penggantungan penerbangan dari sembilan negara termasuk Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Kehadiran varian baharu itu muncul sebulan selepas Australia menarik balik larangan ke atas rakyatnya untuk melancong ke luar negara.

Selepas lebih 18 bulan sempadannya ditutup, rakyat Australia yang sudah lengkap vaksin tidak lagi perlu mendapatkan pengecualian untuk meninggalkan negara itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram