52 maut lombong arang batu terbakar


  • Benua
  • Jumaat, 26 Nov 2021

SERAMAI 285 pekerja berada di dalam lombong tersebut ketika kejadian berlaku. — Agensi

ANGKA kematian akibat kemalangan lombong arang batu di bandar Kemerovo, Rusia meningkat kepada 52 orang pada Khamis, menurut pihak berkuasa.

Mangsa yang maut termasuk anggota pasukan penyelamat, kata Kementerian Situasi Kecemasan.

Setakat ini, seramai 239 orang telah dipindahkan dari lombong itu selepas habuk arang batu yang terbakar menyebabkan asap tebal pada kedalaman 250 meter (820 kaki), manakala 45 orang yang cedera dimasukkan ke hospital.

Menurut pejabat gabenor Wilayah Kemerovo Oblast, 285 pekerja berada di dalam lombong tersebut ketika kejadian berlaku.

Kemerovo Oblast adalah antara kawasan perindustrian paling penting di Rusia di barat daya Siberia, dengan beberapa deposit arang batu terbesar di dunia.

Asap tebal menghalang usaha pasukan kecemasan untuk menyelamatkan pelombong yang masih terperangkap.

Pejabat pendakwa raya Kemerovo Oblast sudah memulakan siasatan ke atas kemalangan itu.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan berharap mereka yang masih terperangkap segera diselamatkan.

Turki juga mengucapkan takziah kepada mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.

"Kami berkongsi kesedihan rakyat Rusia, dan mengucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan nyawa dan kepada Kerajaan Rusia dan berharap mereka yang cedera supaya cepat sembuh," kata Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram