Perogol terlepas hukuman mati, hanya penjara seumur hidup


  • Benua
  • Khamis, 25 Nov 2021

AKTIVIS menggesa hukuman mati dikenakan terhadap perogol di India.
MAHKAMAH Tinggi Mumbai pada Khamis meringankan hukuman mati yang dijatuhi terhadap tiga lelaki disabitkan kesalahan kes merogol.

Hukuman yang dikenakan itu mencetuskan kemarahan orang awam terhadap keselamatan wanita di India.

Serangan yang berlaku pada 2013 disusuli satu lagi kes rogol berkumpulan yang diklasifikasi berprofil tinggi pada tahun sebelumnya, menyaksikan seorang wanita ditemui mati di New Delhi sehingga mencetuskan bantahan di seluruh negara itu.

Menurut agensi The Indian Express, kes itu mendorong pelaksanaan lebih ketat undang-undang antirogol.

Pada awalnya, tiga lelaki yang disabit kesalahan dalam dua kes serangan di Mumbai dihukum gantung pada umur mereka 19, 21 dan 28 tahun.

Ia hukuman pertama sedemikian di bawah pindaan undang-undang.

Namun Mahkamah Tinggi Mumbai mengekalkan sabitan mereka tetapi mengurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup yang ketat tanpa parol.

"Kematian menamatkan konsep taubat. Tidak boleh katakan tertuduh hanya layak dihukum mati. Mereka layak dipenjara seumur hidup supaya mereka menginsafi kesalahan yang dilakukan," kata hakim. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram