Serangan bom di Damsyik, 14 maut


  • Benua
  • Rabu, 20 Okt 2021

KEADAAN bas yang rentung susulan serangan bom di Damsyik, Syria pada Rabu. — AP

SEKURANG-KURANGNYA 14 orang maut manakala tiga yang lain cedera dalam serangan bom yang menyasarkan sebuah bas tentera di Damsyik, Syria pada Rabu.

Kejadian berlaku ketika bas berkenaan sedang melalui kawasan berdekatan Jambatan Hafez al-Assad (Jambatan Presiden).

Susulan letupan itu, pasukan pemusnah bom menemui sebutir lagi bom dan berjaya memusnahkannya.

Jambatan berkenaan antara kawasan yang sibuk di Damsyik, yang menempatkan stesen pengangkutan utama.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan.

Serangan bom di Damsyik jarang berlaku selepas tentera kerajaan menawan bandar tersebut daripada kumpulan pemberontak. — Reuters

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Syria, Damsyik, bom, serangan