30 terbunuh letupan bom di masjid Afghanistan


  • Benua
  • Jumaat, 15 Okt 2021

INSIDEN yang berlaku ketika solat itu turut menyebabkan lebih 200 orang cedera. — Agensi

SATU letupan bom menggegarkan sebuah masjid di wilayah Kandahar selatan Afghanistan ketika solat Jumaat, mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang.

Pegawai keselamatan masjid tersebut, Murtaza Zarifi mendakwa serangan itu dilakukan dua pengebom bunuh diri.

Serangan turut menyebabkan lebih 200 orang cedera.

Pasukan Taliban telah menyekat semua jalan menuju ke masjid tempat serangan itu berlaku.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri di bawah pentadbiran Taliban, Saeed Khosti, turut mengesahkan kejadian itu, dan mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa siasatan telah dilancarkan.

Letupan itu berlaku beberapa hari selepas serangan bom bunuh diri yang dilakukan kumpulan Daesh di sebuah masjid di utara bandar Kunduz, mengorbankan 46 orang. — Agensi

Afghanistan, Kandahar, bom, Taliban