SEORANG lelaki warga emas, Sanusi, 79, bertindak menjadi ejen pencari jodoh di sebuah kampung di Blitar, Jawa Timur, Indonesia bagi membantu penduduk setempat yang masih belum mempunyai pasangan untuk berkahwin.
Sanusi memberitahu, dia sudah lama menjadi 'tukang jodoh' namun baru tiga bulan menjadikan pekerjaan itu secara rasmi.
Jelas beliau, seramai lima pasangan berjaya dikahwinkan sejak biro tersebut beroperasi secara rasmi.
“Untuk menggunakan khidmat saya, pelanggan perlu membayar 100,000 rupiah (RM29) sebagai pendaftaran, selain mereka perlu menyerahkan gambar dan salinan kad pengenalan," katanya.
Beliau juga memberitahu, pelanggan yang berminat hanya perlu meninggalkan nombor telefon serta nama di belakang gambar yang diserahkan.
“Pelanggan yang datang boleh lihat dulu gambar-gambar yang ada dan jika berkenan, mereka boleh hubungi nombor yang ditinggalkan,” katanya.
Bagi pasangan yang berjaya dijodohkan, kebiasaannya Sanusi akan menerima bayaran tambahan namun beliau tidak pernah menetapkan nilainya.
Sejak melakukan kerja 'tukang jodoh', warga emas itu memberitahu perasaan gembira menyelubungi dirinya jika ada pasangan yang berjaya menamatkan zaman bujang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram