Cantik dan berbakat, kenali 5 'cewek' popular e-sukan negara jiran


  • eSports
  • Sabtu, 13 Nov 2021

ANTARA gadis jelita yang popular dalam dunia e-sukan di Indonesia.

BEBERAPA tahun lalu, dunia e-sukan boleh dikatakan hanya dikuasai oleh golongan lelaki dan tidak banyak wanita yang berminat menceburkan diri dalam bidang tersebut.

Namun, pada hari ini, golongan wanita juga dilihat sudah semakin ramai menceburkan diri dalam bidang e-sukan dan boleh dikatakan sudah sebaris dengan kaum lelaki.

Di negara jiran, Indonesia contohnya, golongan wanita juga kini mendapat pengiktirifan yang tinggi dalam dunia e-sukan dan mengecap populariti yang luas sehingga diangkat sebagai selebriti.

Berikut adalah antara 5 atlet e-sukan wanita Indonesia yang popular:

BTR Alice

Gambar Instagram @btr_alicee

1. Alice

Maureen 'Alice' Gabriella merupakan pemain profesional PUBG Mobile bersama pasukan Bigetron RA.

Sejak bersama pasukan tersebut, Alice telah berjaya merangkul beberapa kejuaraan dalam PUBG Mobile, bukan sahaja di peringkat nasional malah antarabangsa.

Antara pencapaian yang diraihnya dalam sukan tersebut adalah juara PUBG Mobile Global Pro League (PMGPL) peringkat Asia Tenggara, PUBG Mobile World League, dan tempat kedua PUBG Mobile Global Championship.

Funi-2

Gambar Instagram @evos.funi

2. Funi

Fanny Cynthia Dewi atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Funi merupakan atlet e-sukan bagi pasukan GPX dalam permainan Mobile Legends.

Funi sebelum ini pernah mewakili pasukan Evos Lynx, di mana dia pernah menjuarai beberapa pertandingan Mobile Legends peringkat nasional, antaranya Woman Star League, Dignity of Srikandi dan Female Gaming League Mobile Legends Minor Series.

Peranan Funi dalam pasukan adalah sebagai ‘support’.

Mute

Gambar Instagram @meutiamaharani

3. Mute

Meutia Maharani atau nama komersilnya, Mute merupakan pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Bigetron.

Mute memiliki banyak pengalaman dalam arena PUBG Mobile di peringkat nasional, antaranya menjadi juara dalam pertandingan PUBGM Ambassador 2021 dan Female Gaming League Minor Series, serta tempat ketiga PINC Ladies 2021.

Devildust

Gambar Instagram @btr_devildust

4. DevilDust

Thalia 'DevilDust' Salsabilah merupakan atlet profesional PUBG Mobile yang bermain untuk pasukan Bigetron.

Sebelum ini, dia pernah mewakili pasukan Aerowolf Zoo dan memenangi beberapa pertandingan PUBG Mobile peringkat nasional seperti PMPL Spring Split 2020: Indonesia Finals dan Bubu Esports Tournament 2019.

Bersama Aerowolf Zoo, DevilDust juga pernah mewakili Indonesia di pentas antarabangsa pada pertandingan PMPL 2021 musim ketiga peringkat Asia Tenggara.

Vivian

Gambar Instagram @btr_vivian

5. Vivian

Vivi Indrawaty yang lebih dikenali dengan nama Vivian merupakan atlet Mobile Legends yang mewakili pasukan Bigetron.

Selain mempunyai skill yang hebat, Vivian juga memiliki kepemimpin yang sangat baik dan merupakan kapten pasukan.

Vivian pernah memimpin Bigetron menjuarai pertandingan Female Esports League Mobile Legends pada tahun 2020. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram