Togok cecair alkohol pembasmi kuman, tujuh maut di pusat kuarantin


  • Benua
  • Isnin, 15 Nov 2021

SALAH satu pusat kuarantin di Kemboja. — Gambar hiasan/Agensi

SERAMAI tujuh dilaporkan maut selepas meminum alkohol yang dipercayai sebagai pembasmi kuman di salah sebuah kem kuarantin di Kemboja.

Selain itu, seramai 12 individu lagi turut dikejarkan ke hospital akibat kejadian tersebut pada Ahad.

Menteri Kesihatan Kemboja dalam kenyataannya berkata, kesemua buruh yang meninggal dunia itu dipercayai telah mencampurkan alkohol pembasmi kuman terbabit dengan air dan minuman ringan.

Semua manga berkenaan merupakan buruh yang baru sahaja pulang dari Thailand dan ditempatkan di kem kuarantin di barat laut wilayah Banteay Meanchey, Kemboja.

Menurut agensi, mereka mengadu sakit kepala, pening dan sukar bernafas selepas meminum campuran itu minggu lepas.

Susulan kejadian itu, pakar mengumpul sampel dan membawanya ke makmal di Phnom Penh bagi proses analisis selanjutnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kemboja, Maut, Kuarantin