FBI 'diserang' penggodam


  • Benua
  • Ahad, 14 Nov 2021

SISTEM pelayan emel FBI mengalami serangan siber. — Reuters

BIRO Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mengalami detik memalukan apabila sistem pelayan emelnya mengalami serangan siber.

Dalam serangan siber itu, penggodam yang dikenali sebagai The Dark Overlord menghantar emel dari sistem pelayan FBI kepada sekurang-kurangnya 100,000 penerima.

Spamhaus Project yang merupakan organisasi antarabangsa untuk menjejaki e-mel spam dan aktiviti berkaitan spam, turut mengesahkan kejadian itu.

"Carta berikut menunjukkan trafik e-mel yang berasal daripada pelayan mel FBI (http://mx-east-ic.fbi.gov | 153.31.119.142) terlibat. Anda boleh melihat dengan jelas dua lonjakan yang disebabkan oleh amaran palsu (serangan siber) malam tadi," tulis Spamhaus Project di Twitter.

Menurut Spamhaus, e-mel mengandungi amaran palsu daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) dihantar ke alamat yang "scraped" daripada pangkalan data American Registry for Internet Numbers (ARIN).

Dalam satu lagi ciapan, Spamhaus berkata bahawa laporan lain mengatakan serangan penggodaman pada Sabtu itu tidak terhad kepada satu pangkalan data.

Sementara itu, FBI berkata dalam satu kenyataan pada hari Sabtu memaklumkan bahawa pihaknya "menyedari kejadian melibatkan e-mel palsu daripada akaun e-mel @ic.fbi.gov."

Tiada butiran lanjut diberikan, tetapi menurut FBI, yang terjejas akibat insiden itu ditarik balik serta merta sebaik menyedari masalah itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

FBI, penggodaman, serangan, e-mel, pelayan