Wang Yaping, wanita China pertama berjalan-jalan di angkasa lepas


  • Benua
  • Isnin, 08 Nov 2021

WANG YAPING melakar sejarah tersendiri pada Ahad selepas menjadi wanita China pertama yang berjalan di angkasa lepas. — Agensi
SEORANG angkasawan China, Wang Yaping melakar sejarah tersendiri pada Ahad selepas menjadi wanita China pertama yang berjalan-jalan di angkasa lepas, kata sebuah agensi angkasa lepas negara itu pada Isnin.

Beliau mencipta sejarah itu selepas pasukannya melakukan tugas selama enam jam setengah dengan berada di luar stesen angkasa lepas Tiangong yang masih lagi dalam pembinaan.

Stesen angkasa lepas itu dijangka siap beroperasi pada tahun depan.

Yaping dan rakannya Zhai Zhigang berjalan di luar stesen angkasa lepas itu pada malam Ahad lalu untuk memasang alat suspensi dan penyambung pemindahan.

211107220953-01-wang-yaping-spacewalk-110721-exlarge-169
WANG YAPING kelihatan berjalan di luar stesen angkasa lepas Tiangong pada Ahad. — Agensi


Menurut Agensi Angkasa Lepas Kendalian Manusia China, keseluruhan proses pemasangan itu berjalan dengan lancar dan berjaya.

Apabila beroperasi sepenuhnya, stesen angkasa lepas itu boleh digunakan selama 10 tahun.

Buat masa ini, tiga angkasawan negara itu kini berada di dalam stesen angkasa lepas berkenaan dan Yaping ialah wanita pertama China pernah sampai di stesen tersebut.

Ketiga-tiga angkasawan itu berlepas ke stesen angkasa lepas itu pada 15 Oktober lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram