AS lulus vaksin kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun


  • Benua
  • Rabu, 03 Nov 2021

SEORANG kanak-kanak menerima suntikan vaksin di AS pada Selasa. — AFP

AMERIKA Syarikat (AS) meluluskan pemberian vaksin jenis Pfizer-BiONtech kepada kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun pada Selasa.

Menurut Presiden AS, Joe Biden, langkah itu disifatkan sebagai 'titik perubahan' dalam usaha menentang pandemik Covid-19.

Kira-kira 28 juta kanak-kanak di AS bakal menerima suntikan vaksinasi.

"Langkah tersebut sekali gus meredakan kerisauan para ibu bapa terhadap anak-anak mereka serta mengurangkan penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak.

"Ia merupakan langkah besar ke hadapan untuk negara ini dalam usaha membasmi virus terbabit," kata Biden menerusi satu kenyataan dikeluarkan.

Tambah Biden, bekalan vaksin mencukupi untuk semua kanak-kanak dan para pegawai kesihatan sudah memulakan proses pembungkusan dan menghantar jutaan dos vaksin ke seluruh negara.

"Vaksin itu masih diberikan dua suntikan, selang tiga minggu (bagi setiap dos). Dos vaksin juga dikurangkan kepada 10 microgram setiap suntikan, berbanding 30 mikrogram untuk golongan dewasa," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC), Rochelle Walensky dalam satu kenyataan menasihati ibu bapa yang mempunyai sebarang persoalan agar berjumpa dengan pakar pediatrik, jururawat atau ahli farmasi untuk mengetahui lebih lanjut tentang vaksin dan kepentingan vaksin. — AFP

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

vaksin, Pfizer, Joe Biden, AS, CDC, Covid-19