Polis tahan ketua kartel dadah Knights Templar


  • Benua
  • Selasa, 02 Nov 2021

MICHOACAN dianggap sebagai satu daripada pengedar utama dadah dari benua Amerika Selatan ke Amerika Syarikat. — Agensi

KETUA kartel dadah Knights Templar, Francisco Maldonado Bustos yang juga dikenali sebagai Don Jose ditahan Polis Mexico City.

Bustos dilaporkan ditahan pada Isnin di kawasan metropolitan Napoles.

Polis menjumpai 153 bungkusan lutsinar, dipercayai mengandungi kokain dan pistol di dalam keretanya.

Michoacan dianggap sebagai satu daripada pengedar utama dadah dari benua Amerika Selatan ke Amerika Syarikat.

Kartel Knights Templar mula muncul pada Januari 2011, mencetuskan perebutan pengaruh antara Knights dan kartel lain iaitu Keluarga Michoacan.

Terdahulu, Pejabat Peguam Negara Mexico mengumumkan ganjaran lebih AS$70,000 untuk maklumat sehingga tertangkapnya Bustos pada tahun 2016.

Pada 2020, pihak berkuasa keselamatan mengesahkan ketua kartel itu sebagai satu daripada dalang utama keganasan di negara itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram