AMERIKA Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling terjejas ekoran pendemik Covid-19, menurut data terbaharu Universiti Johns Hopkins.
Ketika ini, jumlah kumulatif positif sudah pun melebihi 224 juta dan Amerika yang paling teruk dengan 40.9 juta kes.
Ia diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.9 juta kes. United Kingdom dan Rusia antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Perancis serta Turki melebihi 6 juta kes.
Argentina melebih 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.
Untuk negara di Asia Tenggara, Indonesia merekodkan angka tertinggi selepas mencatatkan lebih 4.1 juta kes diikuti Filipina (lebih 2.2 juta), Malaysia (1.9 juta), Thailand (1.3 juta) dan Singapura (71,000)
Menerusi masa sama, universiti berkenaan mendedahkan data 4.62 juta ke kematian di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat sebagai negara paling tinggi merekodkan kematian melebihi 656,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 585,000 kes, India lebih 442,000 kes dan Mexico lebih 266,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 138,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 34,000 diikuti Malaysia dengan 20,000 kes manakala Thailand dengan lebih 14,000 angka korban. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram