Covid-19: Jumlah kes positif dunia kini melebihi 234 juta, korban 4.78 juta nyawa


  • Benua
  • Sabtu, 02 Okt 2021

AMERIKA Syarikat muncul negara paling terjejas apabila mengumpul 43 juta kes setakat ini. — Agensi

PERTAMBAHAN lebih 400,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam menyaksikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia mula melepasi angka 234 juta kes.

Daripada jumlah itu, dunia turut merekodkan lebih 4.78 juta kes kematian.

Menerusi data yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat terus berada paling atas dalam senarai paling terjejas, merekodkan 43 juta kes, diikuti India (33.7 juta) dan Brazil (21.4 juta).

United Kingdom, Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Untuk rekod bagi negara di Asia Tenggara, Indonesia muncul negara paling teruk terjejas dengan hampir 4.2 juta kes, diikuti Filipina (lebih 2.5 juta), Malaysia (lebih 2.2. juta), Thailand. (1.6 juta) dan Singapura dengan lebih 99,000 kes.

Berdasarkan data Universiti Johns Hopkins juga, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 699,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 596,000 kes, India lebih 448,000 kes, Mexico lebih 276,000 kes, sementara Rusia kini mencatat lebih 204,000 kematian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram