19 maut, 50 cedera dalam serangan hospital di Kabul


  • Benua
  • Selasa, 02 Nov 2021

AFGHANISTAN telah disulami krisis sejak gerakan Taliban menghalau kerajaan yang disokong Barat pada Ogos. — Agensi

SEORANG pegawai kementerian kesihatan di Kabul, Afghanistan mengesahkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 50 cedera apabila sebuah hospital Kabul diserang pada Selasa.

Menurutnya, kesemua yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Sembilan belas mayat dan kira-kira 50 orang yang cedera telah dibawa ke hospital di Kabul," katanya.

Menurut pegawai Taliban pula pasukan khas telah tiba di tempat kejadian.

Pada Isnin, Taliban mengesahkan dua letupan dan seorang saksi melaporkan tembakan.

Pada 2017, lelaki bersenjata yang menyamar sebagai kakitangan perubatan menyerbu hospital, membunuh sekurang-kurangnya 30 orang semasa pengepungan selama enam jam.

Kejadian itu berakhir apabila pasukan keselamatan Afghanistan membunuh penyerang. Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Afghanistan telah disulami krisis sejak gerakan Taliban menghalau kerajaan yang disokong Barat pada Ogos.

Bantuan berbilion dolar telah dihentikan dan masyarakat antarabangsa telah diberi amaran bahawa negara itu tidak lama lagi akan runtuh menjadi huru-hara. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kabul, Afghanistan, Daesh, bom, maut