ANGGOTA bomba menjalankan misi menyelamat dalam insiden runtuhan gua di Brazil. — AFP
SERAMAI sembilan anggota bomba maut termasuk dua wanita manakala seorang lagi diselamatkan dalam kejadian runtuhan gua di Sao Paulo, Brazil pada Ahad.
Kejadian itu berlaku pada ketika 28 anggota bomba sedang melakukan sesi latihan di gua yang terletak di perbandaran Altinopolis.
Selepas operasi menyelamat hampir 12 jam, sembilan mayat ditemukan dan seorang mangsa lagi dihantar ke hospital akibat hipotermia dan masalah pernafasan, menurut Jabatan Bomba.
Pada awalnya, laporan menyebut seramai 15 anggota tertimbus dalam runtuhan itu tetapi siasatan lanjut mendapat lima anggota berjaya menyelamatkan diri.
Kelima-lima mangsa itu dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Kawasan Altinopolis merupakan lokasi popular pelancongan kerana banyak mempunyai banyak gua menarik. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram