'Jangan campurkan vaksin Covid-19'


  • Benua
  • Ahad, 31 Okt 2021

PEMBERIAN vaksin daripada jenis sama atau homologous dilaksanakan di Uganda. — Gambar hiasan/Agensi

MENTERI Kesihatan Uganda, Ruth Aceng menggesa orang ramai supaya tidak mencampurkan vaksin Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

"Jangan campurkan vaksin Covid-19. Pastikan ada lengkap dua dos dengan menggunakan jenis vaksin yang sama," ciap Aceng pada Sabtu.

Uganda sedang berusaha meningkatkan kadar vaksinasi ke atas penduduknya yang berjumlah kira-kira 5.5 juta sebelum membuka sepenuhnya ekonomi pada Januari tahun depan.

Keutamaan suntikan vaksinasi diberikan termasuk kepada guru, anggota keselamatan, warga emas, orang yang mempunyai komorbiditi, petugas kesihatan dan pekerja bar.

Institusi pengajian tinggi dijadualkan dibuka semula pada Isnin dan penuntut dikehendaki menunjukkan kad vaksinasi mereka sebelum dibenarkan menghadiri kelas pengajian.

Sesi persekolahan pula dijadualkan dibuka semula pada Januari selepas hampir 20 bulan ditutup.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menunjukkan sehingga Khamis, lebih tiga juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak program vaksinasi bermula pada Mac tahun ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram