Jordan hantar pulang ekspatriat tidak divaksinasi


  • Benua
  • Ahad, 31 Okt 2021

JORDAN mengambil langkah menghantar pulang ekspatriat tidak divaksinasi mulai 15 Disember depan. — Agensi

KEMENTERIAN Dalam Negeri Jordan mengesahkan bahawa langkah tegas akan diambil terhadap ekspatriat yang tidak menerima dua dos vaksin Covid-19.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Agensi Berita Petra melaporkan kementerian memaklumkan mulai 15 Disember, ekspatriat yang tidak divaksinasi akan dihantar pulang.

"Keputusan itu diambil bertujuan melindungi kesihatan awam," menurut kementerian itu.

Kementerian itu juga menyatakan bahawa menggalakkan ekspatriat mendapatkan vaksin juga adalah untuk melindungi mereka daripada jangkitan pada masa depan dan menularkan penyakit itu kepada orang lain.

Ekspatriat dibenarkan mendapatkan vaksin secara percuma, tanpa perlu mengemukakan permit residen atau permit kerja. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ekspatriat, vaksin, Covid-19, Jordan