TUJUH cawangan Bank KBZ milik swasta di pusat bandar raya Mandalay, Myanmar diletupkan oleh penyerang tidak dikenali.
Letupan itu dikatakan berlaku ekoran kebimbangan rakyat kebimbangan bahawa bank swasta negara itu mula memindahkan maklumat pelanggan mereka kepada kerajaan tentera.
Junta didakwa telah menuntut pendedahan maklumat itu untuk mengesan pembiayaan aktiviti antikerajaan.
“Saya rasa KBZ menjadi sasaran kerana dipercayai berkongsi maklumat mengenai mereka yang disyaki menderma wang untuk menyokong revolusi.
"Bank itu juga membekukan akaun yang digunakan untuk tujuan itu,” kata seorang penduduk tempatan yang tidak mahu dikenali.
Beberapa akaun yang menggunakan sistem pembayaran dalam talian bank itu, KBZ Pay, untuk memindahkan wang kepada anggota pergerakan anti-kerajaan telah dibekukan,
Pihak berkuasa Myanmar masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai letupan itu.
Tiada kumpulan yang beroperasi di rantau itu dilaporkan bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.
Terdahulu, tentera mula berkuasa di Myanmar pada 1 Februari.
Mereka mendakwa parti Liga Demokratik Kebangsaan yang memerintah ketika itu melakukan penipuan dalam pilihan raya umum November 2020.
Rampasan kuasa tentera mencetuskan gelombang protes awam, menyebabkan ratusan orang awam terbunuh. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram