Sembilan cedera dalam insiden letupan di Myanmar


  • Benua
  • Khamis, 28 Okt 2021

RAKAMAN kebakaran dan kepulan asap ekoran letupan yang berlaku di kawasan berhampiran pejabat kerajaan di Myanmar. — Agensi

LETUPAN yang berlaku di kawasan berhampiran pejabat kerajaan Myanmar pada Rabu mencederakan sekurang-kurangnya sembilan orang.

Serangan berprofil tinggi dilakukan oleh kumpulan militan berkenaan sebagai tindakan menentang pemerintahan tentera di negara itu.

Menurut saksi, dua letupan menggegarkan kawasan berhampiran Jabatan Pentadbiran Pengangkutan Jalan Myanmar di Mandalay, merosakkan sekurang-kurangnya 14 motosikal.

Turut dilaporkan, serangan juga turut dilancarkan di platform media sosial dan portal berita.

Tembakan dan pengeboman di beberapa bandar di Myanmar dilaporkan berlaku setiap hari.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pemerhati luar memberikan amaran pergolakan yang tercetus ekoran rampasan kuasa tentera pada Februari lalu mampu mencetuskan perang saudara.

Seorang anggota penyelamat Htarni Shae Rescue berkata, empat orang cedera dalam letupan awal manakala lima lagi cedera dalam letupan kedua.

Rakaman video turut disiarkan online dan menunjukkan dua letusan api dan kepulan asap sambil orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Satu kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Attacking Force (Upper Burma) berkata, mereka melakukan pengeboman itu sebagai protes bagi mengurangkan pendapatan kerajaan tentera yang dilaporkan mahu membeli peluru.

Kumpulan itu juga meminta orang ramai supaya menjauhkan diri daripada mana-mana agensi yang menjalankan kutipan pendapatan kerajaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram