KERAJAAN Vietnam menjatuhkan hukuman penjara antara dua hingga empat setengah tahun terhadap lima wartawan pada Khamis.
Hukman itu dijatuhkan terhadap mereka kerana menyiarkan laporan dalam talian yang mengkritik kerajaan Komunis.
Mahkamah daerah berhampiran bandar selatan Can Tho mensabitkan mereka dengan kesalahan itu kerana "menyalahgunakan kebebasan demokrasi" melalui catatan di media sosial mereka.
Kelima-lima mereka juga dilarang bekerja sebagai wartawan selama tiga tahun.
Kelima-lima wartawan itu menubuhkan sebuah kumpulan dengan nama Kewartawanan Bersih pada Ogos 2019 di Facebook dan saluran YouTube.
Kumpulan itu bagaimanapun dibubarkan selepas seorang daripada mereka ditangkap pada akhir 2020. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram