PERDANA Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha menyarankan supaya Asean dan India dapat mempromosikan vaksin dan ubat-ubatan Covid-19 secara menyeluruh, adil dan tepat sebagai persediaan strategi keluar daripada Covid-19.
Prayuth juga turut menyambut baik pengumuman India menyambung semula eksport vaksin ke Asean kerana rantau ini turut bergantung kepada negara itu sebagau pengeluar dan vaksin terkemuka dunia.
"Keputusan India adalah kunci utama dalam mengurus rantaian bekalan dan sistem logistik untuk pengagihan ubat-ubatan dan vaksin Covid-19 dengan berkesan. Ia juga akan membantu memastikan tidak ada pihak yang ketinggalan dalam proses itu.
"Asean dan India boleh bekerjasama untuk meningkatkan kapasiti sistem kesihatan awam dalam jangka panjang," katanya.
Prayuth berkata, sepanjang dua tahun lalu Asea dan India mengharungi tempoh sukar untuk mengatasi impak besar ekoran krisis Covid-19.
Disebalik pelbagai gelombang pandemik, Prayuth menjelaskan kerjasama antara Asean dan India kekal kukuh kerana kedua-dua pihak terus saling membantu dalam menangani cabaran itu.
“Asean dan India perlu bekerjasama dengan "melihat di luar" situasi semasa dan membina semula masa depan berdaya tahan dan lestari untuk generasi akan datang, katanya.
Menurut Paruyuth, Asean dan India perlu meningkatkan pembangunan infrastruktur, kecemerlangan kawal selia dan ekonomi digital agar potensi perdagangan dan pelaburan dapat dikembangkan sepenuhnya.
"Kesalinghubungan antara rakyat juga harus dipertingkatkan terutamanya melalui pemulihan sektor pelancongan yang merupakan industri utama rantau ini.
"Kedua-dua pihak perlu berusaha untuk membina semula keyakinan pelancong dengan meyakinkan mereka terdapatnya perjalanan yang selamat dan mudah.
“Ini termasuk meneliti kemungkinan kerangka kerja untuk pengiktirafan bersama sijil vaksinasi,” katanya. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram