India berjaya uji peluru berpandu bawa peledak nuklear


  • Benua
  • Khamis, 28 Okt 2021

PELURU berpandu yang diuji mampu membawa peledak nuklear sehingga 5,000 km.

INDIA berjaya melakukan ujian peluru berpandu balistik yang mampu membawa peledak nuklear sehingga 5,000 kilometer (km), kata Kementerian Pertahanan negara itu.

Media memperkatakan perkembangan itu beri isyarat tegas kepada China ketika kedua-dua negara kekal dalam perselisihan membabitkan hal sempadan.

Peluru berpandu yang diberi nama Agni-5 dilancarkan dari Pulau Abdul Kalam, dan diletupkan di Teluk Bengal.

“Ujian yang berjaya,” kata Kementeria Pertahanan dalam satu kenyataan.

Peluru berpandu berketinggian 17 meter itu diuji beberapa kali sebelum ini namun tidak dilakukan pada sebelah malam.

Media tempatan berkata yang ujian itu adalah bertujuan untuk menghantar isyarat kepada Beijing.

Ketegangan tercetus sejak 20 askar India maut ketika pertempuran di sempadan Himalaya yang menjadi pertikaian pada Jun 2020.

Sejak beberapa tahun ini, India memperluaskan kerjasama pertahanan bersama negara Barat termasuk dalam pakatan Quad dengan Amerika Syarikat, Jepun dan Australia.

Sebelum ini, China juga dilaporkan menguji peluru berpandu hipersonik namun Beijing menafikan laporan berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram