Jepun salur bantuan perubatan ke Iran


  • Benua
  • Khamis, 28 Okt 2021

BANTUAN itu membolehkan Iran mengukuhkan keupayaan kesihatan dan perubatan di negara itu dalam memerangi pandemik Covid-19.

JEPUN membekalkan geran bantuan bernilai ¥695 juta (RM25.38 juta) kepada Iran bantu mengukuhkan keupayaan kesihatan dan perubatan di negara itu dalam memerangi pandemik Covid-19.

Kementerian Luar Jepun menjelaskan bantuan itu hadir selepas Human Rights Watch mendakwa berlaku salah tadbir yang memberikan kesan kepada Iran dalam mengatasi pandemik.

HRW juga menyeru Tehran untuk berkomunikasi secara jujur dan jelas dengan orang ramai mengenai situasi sebenar.

Statistik rasmi kerajaan Iran menunjukkan negara itu berdepan gelombang kelima pada Ogos lalu, mengakibatkan sekura-kurangnya 655 kematian setiap hari.

Bantuan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Dunia itu akan membantu dalam menyediakan enam mesin imbasan MRI kepada hospital di lima lokasi di Iran dan juga peralatan untuk diagnosis komplikasi Covid-19. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bantuan kesihatan, covid-19, jepun, iran