Bekas presiden Korea Selatan meninggal dunia


  • Benua
  • Selasa, 26 Okt 2021

ROH berkhidmat sebagai presiden dari tahun 1988 hingga 1993. — Agensi

BEKAS Presiden Korea Selatan, Roh Tae Woo meninggal dunia pada Selasa pada usia 88 tahun, menurut pembantunya.

Roh, yang berkhidmat sebagai presiden dari 1988 hingga 1993, dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas kesihatannya merosot tetapi tidak berjaya pulih.

Mendiang, seorang bekas jeneral, menggantikan Chun Doo Hwan sebagai Presiden selepas membantu beliau merampas kuasa pada 1979 susulan kematian Park Chung Hee.

Pada 1996, Roh dan Chun telah disabitkan dengan kesalahan rasuah dan melakukan pemberontakan kerana peranan mereka dalam rampasan kuasa tentera 1979 serta kekerasan yang dilakukan terhadap penunjuk perasaan prodemokrasi di Gwangju pada 1980.

Roh dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan didenda kira-kira 260 bilion won (US$223 juta). Pada 1997, ketika pemerintahan Presiden Kim Young Sam beliau menerima pengampunan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram