Israel bida lebih 1,000 unit rumah haram


  • Benua
  • Isnin, 25 Okt 2021

SEBANYAK 1,335 unit rumah baharu di penempatan haram Yahudi dekat Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki akan dibida. — Agensi

NEGARA haram Israel pada Ahad mengumumkan akan membuka bidaan bagi pembinaan 1,355 unit rumah baharu, di penempatan haram Yahudi dekat Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Menteri Perumahan Israel, Zeev Elkin dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu dilakukan bagi mengukuhkan dan memperluaskan penempatan haram di Judea dan Samaria.

Katanya, ia sangat penting dalam visi perniagaan Zionis.

"Selepas sekian lama pembinaan di Yudea dan Samaria tergendala, saya mengalu-alukan pemasaran lebih 1,000 unit rumah. Saya akan terus mengekalkan penempatan Yahudi di Judea dan Samaria," katanya.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Palestin dalam satu kenyataan mengecam keputusan negara penjajah itu.

"Israel secara terbuka berkeras untuk membina penempatan penjajah dan melaksanakan projek pendudukan di tanah Palestin,mengabaikan pendirian masyarakat antarabangsa dan AS (Amerika Syarikat) dalam isu ini," katanya.

Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, dianggap sebagai wilayah yang diduduki di bawah undang-undang antarabangsa, menjadikan semua penempatan Yahudi di sana sebagai haram.​​​​ — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Palestin, Yahudi, Israel