Amira Ismail, pengadil wanita pertama di bumi Gaza


AMIRA Ismail, pengadil kelahiran Palestin melatih pemain bola keranjang di Akademi Champions di Gaza. — AFP

PENONTON terkejut apabila menyaksikan perlawanan bola keranjang yang berlangsung di Semenanjung Gaza kerana pengadil untuk perlawanan tersebut merupakan seorang wanita.

Amira Ismail, 23 tahun, yang mengendalikan perlawanan di Gaza City, Nuseirat. Dia telah melakar sejarah di wilayah yang dikenakan sekatan oleh Israel di bawah kepimpinan Hamas sejak 2007.

“Semua orang terkedu apabila melihat saya di gelanggang dan tertanya-tanya, ‘Siapakah dia? Orang Arab ataupun warga asing? Apa yang dia buat di sini?”’ jelas Amira.

Kesungguhannya dalam sukan bola keranjang menjadi motivasi buat Amira untuk memiliki lesen pengadil dari Persatuan Bola Kejanjang Antarabangsa (FIBA). Amira berjaya mendapatkan lesen tersebut tiga tahun lalu selepas lulus ujian dalam talian.

Oleh kerana terkanan dari masyarakat dan penanguhan perlawanan yang lama akibat dari pendemik Covid-19, Amira tidak berkesempatan untuk mengadili satu perlawanan sehinggalah tahun ini.

“Buat masa sekarang, saya bertekad untuk keluar dan menggunakan lesen antarabangsa saya di gelanggang kerana saya layak,” katanya yang mengenakan pakaian berwarna biru padan dengan warna matanya.

Tahun ini, Amira bekerja syif pagi di hospital selepas menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang farmasi. Dia juga telah menjadi pengadil untuk lima perlawanan bola keranjang kategori lelaki.

Jumlah penonton juga agak terhad oleh kerana limitasi akibat pendemik. Tetapi, Amira mengatakan bahawa dia sudah bersedia untuk dunia pasca-koronavirus, apabila ramai yang hadir untuk menonton perlawanan, semua mata akan banyak tertumpu padanya.

Palestinian referee Amira Ismail trains young basketball players at Champions Academy in Gaza City on October 4, 2021. - Ismail, 23, who officiated the Gaza City-Nuseirat match, has been making history in the Israel-blockaded Palestinian enclave ruled by the Islamist group Hamas since 2007. Her passion for basketball motivated Ismail to seek an official refereeing licence from the the International Basketball Federation (FIBA), which she earned three years ago after passing online exams. But due to social pressures, and then a long pause forced by the Covid-19 pandemic, Ismail had yet to officiate a match -- until this year. (Photo by MOHAMMED ABED / AFP)

Amira, 23, merasmikan perlawanan diantara Gaza City lawan Nuseirat.


Setakat ini, reaksi yang diterimanya amat positif. “Saya tidak lagi berasa takut,” kata Amira.

Ramzi Saba, pemain Gaza City, sangat teruja dengan dengan kehadiran Amira sebagai pengadil.

“Saya tahu ini adalah normal untuk dunia di luar Gaza, tetapi saya tidak pernah melihatnya,” kata Ramzi sambil mengeringkan peluhnya dengan tuala sebaik saja tamat perlawanan.

Seperti penonton yang lain yang mengikuti perlawanan tersebut, Ibrahim Mahmoud, 43, kadang-kala melihat ke arah Amira ketika dia sedang mengira markah dan kesalahan pemain.

“Saya terkejut apabila melihat ada seorang wanita di dalam gelanggang,”

“Ini merupakan sesuatu yang baru dan saya berharap budaya ini dapat diolah lagi supaya orang muda menerima lebih banyak pengadil dalam kalangan wanita,” Kata Ibrahim.

Kata Ramzi al-Borai, seorang pegawai dari Persatuan Bola Keranjang Palestin, Amira merupakan wanita tunggal dari 15 orang pengadil yang memiliki lesen FIBA yang sah di Gaza. Mereka ditugaskan untuk mengendali perlawanan untuk 4 pasukan wanita dan 12 pasukan lelaki.

Amira berharap untuk menggalakkan lebih lagi penglibatan wanita dalam sukan di Gaza.

“Saya harap idea untuk menglihat lebih penglibatan wanita dalam sukan menjadi kebiasaan di sini, supaya wanita-wanita di luar sana tidak lagi takut dengan pandangan masyarakat.” — Agensi