Penyanyi rap muda Sweden mati ditembak, beberapa seteru artis disyaki suspek utama


  • Benua
  • Sabtu, 23 Okt 2021

MEDIA membuat spekulasi mangsa yang maut ditembak adalah penyanyi rap Sweden, Einar meskipun belum disahkan polis. — Agensi

PENYANYI rap muda Sweden, Einar dilaporkan maut selepas ditembak.

Walaupun polis belum mengesahkan identiti sebenar mangsa, media tempatan sudah pun melaporkan individu yang maut itu adalah Einar.

Penyanyi berusia 19 tahun itu ditembak beberapa kali di luar sebuah apartmen pada Khamis.

“Pasukan perubatan cuba memberikan bantuan cemas namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata jurucakap polis, Towe Hagg.

Pihak berkuasa kini membuka kertas siasatan mengikut kesalahan membunuh.

“Kami sedang berusaha keras untuk mengenalpasti punca sebenar kejadian dan siapa individu bertanggungjawab,” kata Hagg.

Kebanyakan lagu yang dinyanyikan Einar adalah berkaitan dengan aktiviti jenayah membabitkan dadah dan senjata api.

Sebelum ini, Einar pernah bertengkar dengan rakan artis, Yasin yang kini dipenjarakan 10 bulan kerana menjadi dalang utama kepada rancangan penculikan Einar.

Suspek lain yang boleh dikaitkan dengan kematian Einar adalah seorang lagi penyanyi rap, Haval Khalil.

Khalil yang dijatuhkan hukuman penjara dua setengah tahun pada Julai lalu turut pernah berselisih faham dengan Einar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

einar, insiden tembakan, penyanyi sweden