SEORANG pemimpin kanan Al-Qaeda terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat di Syria, menurut Pentagon pada Jumaat.
“Serangan Amerika Syarikat di Barat Laut Syria mengorbankan pemimpin kanan Al-Qaeda, Abdul Hamid Al-Matar,” kata jurucakap tentera, John Rigsbee dalam satu kenyataan.
Serangan itu dilancarkan menggunakan pesawat jenis MQ-9.
“Penyingkiran pemimpin kanan Al-Qaeda ini akan menganggu kemampuan organisasi ini untuk melancarkan serangan kepada global," katanya.
Pada penghujung September lalu, Amerika Syarikat turut berjaya menumpaskan seorang lagi pemimpin kanan Al-Qaeda, Salim Abu Ahmad, juga menerusi serangan udara.
“Al-Qaeda berterusan memberikan ancaman kepada Amerika Syarikat dan sekutu. Al-Qaeda menggunakan Syria sebagai lokasi selamat untuk mengembalikan gerakan mereka, dapatkan koordinasi dengan gabungan luar dan merancang operasi,” kata Rigsbee. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram