China bakal bangunkan Sungai Kuning


  • Benua
  • Sabtu, 23 Okt 2021

CHINA akan mempergiat pembangunan sistem bersepadu bagi mencegah banjir dan mengurangkan bencana. — Agensi

CHINA akan memastikan pembangunan dan kemajuan berkualiti di sepanjang Sungai Kuning dan bakal melindungan ekologinya.

Presidennya, Xi Jinping berkata, usaha itu akan dilakukan sepanjang tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonomi China (2021-2025).

Bagaimanapun, Jinping menegaskan langkah itu memerlukan usaha gigih bagi memastikan sungai itu dapat beri manfaatk kepada rakyatnya.

"China akan mempergiat pembangunan sistem bersepadu bagi mencegah banjir dan mengurangkan bencana.

“Menetapkan tindak balas kecemasan pencegahan banjir dan kemarau serta menjamin keselamatan sepanjang tebing sungai itu.

"Sejak 2012, kerajaan sudah pun melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan hijau, mengintensifkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan gunung, sungai, hutan, ladang pertanian, tasik dan rumput serta mengawal pasir sehingga mencapai kemajuan ketara dalam pembangunan tamadun ekologi," katanya.

Dalam masa sama, Jinping berkata, negara itu merancang mewujudkan Taman Negara Sungai Kuning untuk menjadi komponen penting bagi usaha perlindungan ekologi di Delta Sungai Kuning.

"China akan mengutamakan perlindungan ekologi dan pembangunan hijau dalam proses memperjuangkan matlamat seratus tahun kedua," katanya.

Sungai Kuning sepanjang 5,464 kilometer itu juga dikenali sebagai sungai besar dan terletak di bahagian utara China.

Sungai itu dianggap sebagai tapak asal usul tamadun China dan digelar "sungai ibunda" bagi masyarakat China. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ekologi, pembangunan, Sungai Kuning