Singapura perketat peraturan tempat kerja


  • Benua
  • Sabtu, 23 Okt 2021

SINGAPURA menggunakan token TraceTogether untuk langkah pengesanan kontak pesakit Covid-19. — Agensi

KERAJAAN Singapura menetapkan hanya individu yang lengkap vaksin dan pulih daripada jangkitan yang dibenarkan kembali ke tempat kerja, bermula Januari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan republik itu, mana-mana individu yang belum lengkap suntikan vaksin Covid-19 perlu melakukan ujian harian dan haruslah didapati negatif.

“Pekerja yang tidak divaksin tidak akan dibenarkan kembali ke tempat kerja kecuali mereka didapati negatif Covid-19 dan mereka perlu menanggung sendiri kos ujian berkenaan.

“Ujian itu diperlukan kepada mereka yang secara perubatan tidak layak disuntik vaksin dan juga ibu mengandung,” kata kenyataan itu.

Selain itu, mereka yang sudah pun pulih daripada jangkitan untuk tempoh 270 hari turut termasuk dalam kumpulan yang dibenarkan kembali ke tempat kerja.

Ketika ini, Singapura sudah pun merekodkan 83 peratus populasi dewasa lengkap vaksin.

Singapura juga ketika ini mengalami lonjakan kes sejak empat minggu kebelakangan ini dan jumlahnya melebihi angka 3,000.

Pada Sabtu, Singapura merekodkan 3,637 kes jangkitan baharu, meningkat berbanding 3,439 kes pada Jumaat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

singapura, covid19, vaksin