SEKURANG-KURANGNYA tujuh terbunuh manakala tujuh yang lain cedera dalam pertempuran antara dua puak bertelagah membabitkan pelarian Rohingya di sebuah kem di Cox's Bazar, Bangladesh pada Jumaat, lapor agensi Xinhua.
Pegawai kanan Batalion Polis (APBn), Shihab Kaiser Khan berkata kepada wartawan bahawa terdapat tujuh mayat pelarian Rohingya dan beberapa mangsa yang cedera ditemukan pada pagi Jumaat.
Beliau berkata, susulan kejadian itu seorang pelarian Rohingya turut ditahan.
"Pihak berkuasa juga melakukan serbuan di kem pelarian itu untuk menahan dalang kejadian," katanya.
Namun, beliau tidak dapat mengesahkan punca pertempuran itu.
Kejadian tersebut berlaku beberapa minggu selepas seorang pemimpin Rohingya dibunuh di sebuah kem pelarian.
Pada 29 September, pemimpin Arakan Rohingya Society for Peace and Human Rights (ARSPH), Mohib Ullah maut ditembak lelaki bersenjata tidak dikenali di kem pelarian Kutupalong, Cox's Bazar. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram