Sekutu Syria mahu balas serangan maut rejim Israel


  • Benua
  • Khamis, 14 Okt 2021

ISRAEL sering melancarkan serangan terhadap kumpulan bersenjata yang ada kaitan dengan Iran.

KEMENTERIAN Pertahanan Syria pada Khamis mengesahkan yang seorang daripada tenteranya maut manakala tiga lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan menara telekomunikasi di wilayah Homs.

Pegawai tentera berkata serangan itu dilakukan menjelang tengah malam yang turut memusnahkan kawasan berhampiran menara.

Pertahanan udara Syria bertindak mematahkan peluru berpandu yang dilancarkan dari wilayah Tanf, tenggara negara itu.

Beberapa kumpulan bersenjata pro-Iran yang bersekutu dengan Syria memberi maklum balas terhadap serangan itu dan mahu membalas dendam.

Kumpulan ini juga menyalahkan Amerika Syarikat di atas serangan itu memandangkan negara itu turut memiliki pos kawalan di kawasan berkenaan.

Israel sudah pun melancarkan ratusan serangan yang mensasarkan aktiviti ketenteraan berkait dengan Iran di Syria namun jarang mengaku atau membincangkan tentang tindakan dilakukan. — Agensi

syria, israel, Hezbollah