Arsenal mahu sambar bintang Real Madrid ganti Lacazette


  • Podium
  • Isnin, 18 Okt 2021

JOVIC dipilih pengurus Arsenal bagi mencari pengganti Alexandere Lacazette. — Agensi

SALAH seorang pemain yang bakal disambar Arsenal memberitahu Real Madrid bahawa dia ingin meninggalkan kelab Sepanyol itu secepat mungkin.

Mikel Arteta kini bergelut untuk mencari pengganti Alexandere Lacazette, yang dijangka meninggalkan kelab London itu secara percuma pada musim panas selepas kontraknya tamat.

Luka Jovic, menjadi pilihan Arteta selepas pemain Serbia itu mengakui dia kurang mendapat tempat di Bernabeu pada musim ini.

Jovic berpindah ke ibu negara Sepanyol dari Eintracht Frankfurt pada tahun 2019, namun hanya berjaya menyumbangkan dua gol sejak perpindahannya yang bernilai 50 juta pound (RM286 juta).

Sepanjang musim 2018/2019, pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan 27 gol menerusi 48 perlawanan, dengan 36 secara keseluruhannya dalam semua perlawanan di Jerman sebelum berpindah ke Los Blancos dengan nilai yang tinggi.

Dengan prestasi Arsenal yang kurang menentu, Arteta melihat penyerang itu sebagai kunci komponen kunci yang berpotensi untuk rancangan masa depannya.

Ketika ini, Lacazette nampaknya akan meninggalkan Emirates pada bulan Jun dan tidak akan melanjutkan penampilannya bersama The Gunners.

Penyerang Perancis itu hanya membuat dua penampilan pada musim ini dengan kedua-duanya sebagai pemain gantian.

Dia menyertai Arsenal pada 2017 dan telah menjaringkan gol sebanyak 67 kali dalam 174 penampilan di semua perlawanan. — Agensi

Arsenal, Real Madrid, Luka Jovic