Gempa gegar Bali, tiga maut


  • Benua
  • Sabtu, 16 Okt 2021

SEORANG lelaki memeriksa lokasi gempa bumi di daerah Karangasem, Bali, Indonesia pada Sabtu. — Reuters

KIRA-KIRA tiga orang maut manakala seorang lagi dilaporkan tertimbus di bawah runtuhan bangunan dalam kejadian gempa bumi berukuran 4.8 skala Richter yang melanda pulau peranginan Bali, Indonesia pada Sabtu.

Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik, gempa berkenaan berlaku pada 3.18 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 10 kilometer berpusat di lapan kilometer barat laut daerah Karangasem.

Gegaran turut dirasai sehingga ke kawasan berhampiran Pulau Lombok. Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Ketua Unit Operasi Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Bali, Gede Adhi Tiana Putra berkata, dua terkorban di daerah Bangli manakala mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan di daerah Karangasem sedang diselamatkan.

"Tujuh orang turut cedera dan dirawat di klinik kesihatan berhampiran. Beberapa buah rumah turut musnah dan gempa tersebut juga mengakibatkan tanah runtuh," ujarnya. — Bernama

Indonesia, Bali, gempa bumi